Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Adalah dimaklumkan bahawa satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian  (MoA) di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15 Mac 2017 di Malaysian Halal Analysis Centre (MyHAC), Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Majlis menandatangani MoA ini telah disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jakim melalui MyHAC adalah merupakan makmal yang telah siap dibina pada tahun 2015. Fungsi utama makmal ini ialah untuk menjalankan penganalisa sampel yang diambil bagi tujuan permohonan Sijil Pengesaha Halal Malaysia (SPHM). Di samping itu, makmal ini juga bertanggungjawab untuk membangunkan kaedah analisa halal yang diperlukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui pendekatan ini, satu pangkalan data (data base) terhadap produk yang terlibat dapat dibangunkan bagi tujuan penyelidikan dan pemantauan.

Dalam usaha memperkukuhkan perkembangan industri halal dan memacu negara ke arah negara maju menjelang 2020, Jakim telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan UPM dalam membangunkan kaedah analisis halal yang merangkumi bidang kimia dan teknologi.

Matlamat memorandum perjanjian ini adalah bagi membangunkan beberapa kaedah analisa halal yang akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh MyHAC dengan kerjasama dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM.

banner moa jakim upm 15032017

MOA JAKIM UPM 15032017

MOA JAKIM UPM 15032017 2

MOA JAKIM UPM 15032017 3

MOA JAIM UPM 15032017 4

MOA JAKIM UPM 15032017 5

MOA JAKIM UPM 15032017 6

MOA JAKIM UPM 15032017 7

MOA JAKIM UPM 15032017 9