Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, di atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Majlis Halal Malaysia, telah menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena majlis penutupan Konvensyen Badan Pensijilan Halal Ke-8 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 3 hingga 4 April 2017 di Hotel Sama-Sama, Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

Konvensyen ini merupakan program tahunan yang dianjur dan dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf. Ia telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009 yang mana tahun ini merupakan kali ke-8 konvensyen ini dianjurkan dengan tema “Unity in Diversity” (Perpaduan Dalam Kepelbagaian).

YAB Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Malaysia International Halal Authorities & Bodies System (MyIHAB), iaitu sistem permohonan pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Antarabangsa secara atas talian. Sistem pengurusan dan pendaftaran bersepadu di mana pangkalan datanya berpusat di JAKIM ini merupakan titik permulaan kearah mewujudkan Lembaga Akreditasi Halal Antarabangsa. 

YAB Timbalan Perdana Menteri juga telah melancarkan Buku MABIMS Harmonisation Of Halal Standard  yang dihasilkan melalui gabungan usaha JAKIM, Halal Industry Development Corporation (HDC), Jabatan Standards Malaysia dan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank Group). Kolaborasi ini bertujuan untuk mencapai pengharmonian serantau Standard Halal bagi negara-negara anggota MABIMS, iaitu forum konsultasi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Penerbitan buku ini akan memudahkan kefahaman industri mengenai pematuhan keperluan halal daripada pelbagai perspektif, yang antaranya melibatkan makanan ubah suai secara genetik (GMO), kaedah sembelihan dan perbandingan kandungan alcohol.

CB ke8 2017 1

CB KE8 2017 2

CB KE8 2017 3

CB KE8 2017 4

CB KE8 2017 5

CB KE8 2017 6

CB KE8 2017 7

CB KE8 2017 8

CB KE8 2017 9