Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:01 Isyak : 8:11

Bahagian Dakwah melalui Cawangan Dakwah Khas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuka tirai pada tahun ini dengan menganjurkan Kursus Asas Lantikan Secara Contract of Service Pembantu Hal Ehwal Islam (HEI) dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Gred S19 bertempat di Bilik Hafs, Blok Akademi B, ILIM Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 22 hingga 26 Januari 2018.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan asas berkenaan urus tadbir dan tugasan sebagai PMOA. Selain itu, kursus ini turut juga memberi pendedahan tentang masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia. Seramai 20 orang PMOA telah dilantik bagi mengikuti kursus ini yang adalah terdiri daripada 16 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Kursus sepanjang 5 hari 4 malam ini berbentuk teori dan amali. Selama 4 hari berturut-turut peserta didedahkan dengan ceramah (latihan secara teori) oleh penceramah-penceramah jemputan Jakim dan hari berikutnya peserta didedahkan secara langsung (latihan secara amali) di Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Di kampung Orang Asli Kuala Pangsung, para peserta didedahkan dengan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, ceramah serta sukaneka bersama masyarakat setempat.

Kursus ini berakhir dengan Program Jalinan Kasih bersama masyarakat Orang Asli Hulu Langat dan Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tok Batin KOA Pangsun, Batin Andak bin Pendik dan Us Mohamad Nazri bin Sobirin, Pemangku Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat.
 
kursus asas PMOA 1
 
kursus asas PMOA 2
 
kursus asas PMOA 3
 
 
kursus asas PMOA 4
 
kursus asas PMOA 5
 
kursus asas PMOA 6
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 Oktober 2018.
Jumlah Pelawat :12235140