Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:01 Isyak : 8:11

2018 ~ KWSP & SINERGI ILMU SDN. BHD. SERTAI SDK JAKIM
 
SDK JAKIM Year of Success 2

“Tahun 2017 kita gariskan sebagai tahun The Year Of Delivery manakala pada tahun ini (2018) adalah tahun kejayaan dan tahun keberhasilan yang mengagumkan atau The Year Of Success And The Year Of Impressive Result.

 

Teks Ucapan YAB Perdana Menteri (PM) bersempena Perhimpunan YAB PM bersama Warga JPM bagi bulan Februari 2018, 5 Februari 2018, Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

 

Berkuat kuasa 1 Februari 2018, Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) telah bertambah keanggotaannya daripada 25 buah syarikat korporat Malaysia menjadi 27 buah syarikat anggota. Pertambahan dua buah syarikat korporat yang dimaksudkan apabila pihak pengurusan tertinggi syarikat Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) dan Sinergi Ilmu Sdn. Bhd. telah bersetuju menjadi anggota SDK Jakim melalui Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat.

 

Inisiatif pertambahan anggota baru SDK Jakim dari semasa ke semasa ini merupakan usaha dakwah yang berterusan hasil daripada persetujuan yang dicapai melalui Mesyuarat SDK Jakim Kali Ke-13 Tahun 2017 yang diadakan pada 7 Disember 2017 (Khamis) di Bilik Bunga Raya, Tingkat 4, Blok A, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim mewakili YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi SDK Jakim dan dihadiri oleh wakil-wakil tetap daripada 25 buah syarikat anggota.

 

Hasil keputusan mesyuarat, ahli sepakat untuk meneruskan gerak kerja dakwah secara bersepadu dan meletakkan matlamat untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ada di samping terus berusaha menjadikan tahun 2018 sebagai ‘Year Of Success’ dan ‘Year Of Impressive Result’. Oleh demikian, perancangan bagi pelaksanaan program bagi tahun 2018 telah dipeta bersama dan sedang diolah untuk dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan pelan perancangan yang telah dipersetujui bersama.

 

Justeru, tema “Makmur Dakwah Bersama Korporat” sepanjang tahun 2018 terus digalas agar matlamat yang ditetapkan melalui Pelan Strategik Jakim 2015 - 2019 di bawah Teras 4, Strategi 1 “Memperkasa kompetensi pendakwah, metodologi dan jaringan dakwah”, Program 7 iaitu “Menjalinkan permuafakatan dan penyelarasan program dakwah dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), korporat dan swasta” dapat dicapai dengan jayanya. Insya-Allah.

 

SDK JAKIM Year of Success 3

SDK JAKIM Year of Success 4

SDK JAKIM Year of Success 5

SDK JAKIM Year of Success 6

SDK JAKIM Year of Success 7

SDK JAKIM Year of Success 8

SDK JAKIM Year of Success 9

SDK JAKIM Year of Success 10

SDK JAKIM Year of Success 1

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 Oktober 2018.
Jumlah Pelawat :12235140