Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 18 Mac 2019 (Isnin), JAKIM melalui Bahagian Dakwah bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan pimpinan JAWI telah mengadakan satu Misi Penyampaian Bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang. Misi ini bertujuan memberikan bantuan barangan keperluan dan bimbingan motivasi kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi pencemaran sisa kimia. Barangan keperluan telah disumbangkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga daripada NGO berjumlah RM 10,000. Barangan keperluan tersebut telah diserahkan kepada wakil petugas di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, Menara Aqabah, Johor. Lawatan juga dibuat kepadamangsa yang mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Hospital Sultan Ismail (HIS) Johor Bahru. Pada sebelah malam, dianjurkan juga majlis bacaan Yasiin dan solat hajat di Hospital Permai
 
Misi Pasir Gudang 1
Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa-mangsa terjejas akibat gas metana di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang diketuai oleh Pengarah JAWI dan KPP Bahagian Dakwah JAKIM, 18 Mac 2019.
 
Misi Pasir Gudang 2
Bantuan kepada mangsa Gas Metana di Hospital Sultan Ismail
 
Misi Pasir Gudang 3
Tinjauan mangsa Gas Metana di Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang
 
Misi Pasir Gudang 4