WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

25 - 26 Julai 2019- Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Bengkel Dakwah Digital yang bertepat di Dewan Utama Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS), Keningau Sabah. Bengkel ini telah dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan IPDAS, Guru Kafa sekitar Keningau dan Pelajar IPDAS. Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Roslan bin Mohamad Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keutamaan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran mengaplikasikan dakwah digital melalui peralatan mudah alih di samping penerapan nilai Islam dalam pengunaan aplikasi media sosial. Selain itu bengkel ini juga menjadi flatform pendedahan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda. Lambakan dan kepelbagaian kaedah yang telah dilakukan bertujuan mengeksploitasi atas tujuan-tujuan yang tertentu bahkan sehingga satu tahap boleh mengelirukan masyarakat dengan aktiviti pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan syariat dan dasar Negara.

Justeru satu tindakan secara bersama haruslah diambil bagi tujuan mendidik masyarakat agar menjaga keselamatan diri dan keluarga sepertimana yang ditetapkan melalui maqasid syariah (Penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

JAKIM sebagai Agensi Pusat yang menguruskan Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan mengambil manfaat ini dalam usaha memastikan pengunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah, berdakwah dan memberi impak yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat.
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 3 1
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 3 2
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 3 3
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 3 4
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Ogos 2019.
Jumlah Pelawat :12329191