WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PULAU PINANG (16 - 18 Ogos 2019) - JAKIM melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan program Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim dan Sukan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Program ini dahulunya dikenali sebagai Mahrajan Amal Islami Muallaf yang merupakan program dwi tahunan Bahagian Dakwah. Istimewanya kali ini, ia diadakan serentak dengan Festival Sukan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

 

Objektif utama penganjuran Mahrajan adalah:

  1. Pembudayaan amal Islami dalam kehidupan saudara muslim muallaf.
  2. Pengukuhan semangat berpasukan dan kerjasama melalui acara yang dipertandingkan.
  3. Penyampaian dakwah melalui acara yang dipertandingkan.
  4. Pengukuhan ukhuwah dan silaturrahim antara peserta dan penganjur.

 

Program Mahrajan Saudara Muslim dan Sukan Orang Asli ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Dakwah JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

 

Sebanyak 13 buah negeri telah menghantar penyertaan dan 5 acara dipertandingkan dalam Mahrajan iaitu tilawah dan hafazan al-Quran, syarahan, amali solat dan azan serta iqamah. Setiap acara disertai oleh 110 orang peserta terdiri daripada lelaki dan wanita kecuali acara azan serta iqamah. Kesemua acara Mahrajan berlangsung di Hotel Ixora, Prai, Pulau Pinang.

 

Bagi acara sukan Orang Asli, 7 buah negeri telah menghantar penyertaan dan 2 acara dipertandingkan, iaitu sepak takraw dan bola sepak. Acara sepak takraw diadakan di dewan Kompleks Darul Hidayah, Prai, manakala acara bola sepak diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad, Prai. Seramai 92 Orang Asli bertanding dalam 2 acara ini yang diadili oleh pengadil dari Persatuan Bola Sepak Seberang Prai dan Persatuan Sepak Takraw Timur Laut.

 

Majlis perasmian telah berlangsung pada 16 Ogos 2019 dan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas . Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahmandan Ketua Pengarah JAKIM, YBhg Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim.

 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 18 Ogos 2019 disempurnakan oleh YBhg Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Setiap pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga menerima hadiah berbentuk wang tunai, piala dan sijil. Penerima saguhati pula mendapat piala dan sijil penyertaan. Juara keseluruhan acara Mahrajan dimenangi oleh negeri Sabah, manakala juara keseluruhan acara sukan dimenangi oleh negeri Perak.

 

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN

perasmian

 

ucapan aluan kp

 

PERASMIAN 1

 

PERASMIAN 2

 

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

    azan    

 

hafazan

 

   syarahan

 

takraw

 

takwar

 

cenderahati

 

KAMAR HAKIM

hakim

 

hakim 2

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

penutup

 

penutup 2

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339050