WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANDAR SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN (23 OKTOBER 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2019.

Seramai kurang lebih 2000 orang yang terdiri dalam kalangan ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi, Imam-imam, guru-guru takmir, pegawai & pembantu takmir, guru-guru kafa, penyelia kafa, Penyelaras-penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Penggerak-penggerak Masyarakat Orang Asli, Pengetua/Mudir Institusi Tahfiz & Pondok, kader-kader JAKIM di negeri telah menghadiri program ini.

Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan bertujuan untuk:

  • Mencapai kesatuan fikrah antara pihak kerajaan dengan para   imam, guru takmir, PPMD dan guru KAFA dalam memperkasa umat Islam di negara ini melalui penerapan nilai dan konsep rahmah;
  • Memperkasa peranan imam, guru takmir, PPMD dan guru KAFA dalam membantu kerajaan persekutuan dan memartabatkan umat Islam di negara ini, selaras dengan pendekatan rahmatan lil ’alamin.

Pelbagai pengisian telah disusun antaranya:

  • Wacana bersama Duta Rahmah: “Rahmah untuk Semua” yang telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Mohamad,Panelis Al-Kuliyyah TV3, Halaqah TV9 dan Tanyalah Ustaz. Sesi Bicara ini bertujuan untuk mengetengahkan Konsep Rahmah yang perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian umat Islam;
  • Program Rakan Masjid Dan Hospital (RAMAH) anjuran JAKIM dengan kerjasama Hospital Tuaku Jaafar, Negeri Sembilan. Pihak HTJ telah diwakili oleh YBhg. Dr. Haji Jazari bin Jamaluddin, Pengarah HTJ manakala turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. 

Antara pengisian program ini ialah mengadakan lawatan RAMAH, menyantuni serta menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit-pesakit di hospital. Program ini diakhiri dengan ucapan penghargaan dan perasmian daripada YBhg Dato’ Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, sebagai ucapan balas terhadap kesudian pihak HTJ untuk terus menyokong dan menyambut baik program murni yang diadakan ini di samping kesediaan HTJ untuk meneruskan kolaborasi antara masjid dengan hospital dalam usaha menyantuni para pesakit dan juga waris kepada pesakit.     

Majlis Perasmian Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan dihadiri oleh YBhg Dato’ Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

9

 

hosp 1

 

hosp 1.5 copy

 

hosp 1.8

 

hosp 2




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353642