WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KUALA LUMPUR (9 FEBRUARI 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa MAIWP, Hidayah Centre Foundation (HCF), Gerakan Dakwah Malaysia (GDM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (PERKIM) telah menganjurkan program Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 bertempat di Aras 6, Magica Hall, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. 

 

Program ini merupakan program tahunan yang diraikan khusus untuk masyarakat Tionghua di negara ini. Tujuan program adalah untuk memperkenalkan konsep keindahan bermasyarakat yang hidup berbilang bangsa dan agama dalam persekitaran harmoni. Objektif program adalah untuk merai dan menyantuni masyarakat Tionghua  sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di samping menangkis salah tanggapan bahawa jika memeluk agama Islam itu sebagai masuk Melayu. Selain itu, ia juga bertujuan menunjukkan bahawa mana-mana adat sesuatu bangsa yang tidak bercanggah dengan syariat boleh diterima dalam Islam.

 

Sambutan dibuat dalam bentuk santai menggunakan pendekatan dakwah bil hal. Seorang saudara muslim akan membawa bersama rakan atau saudara Cina yang belum Islam untuk mengikuti program dengan tujuan berjinak-jinak dengan komuniti muslim. Mereka akan diberikan risalah dan buku berkaitan pengenalan tentang Islam, sekaligus menyangkal salah faham dan dakwaan bahawa Islam agama yang menganjurkan keganasan.

 

Bersesuaian dengan objektif program, maka tema Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini adalah MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI. Eleman perpaduan dan kehormanian diberi penekanan dalam program ini, bertepatan dengan konsep NEGARA RAHMAH.

 

Penganjuran program  ini amat signifikan dengan suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 25 dan 26 Februari 2020 yang lalu. Tahun Baharu Cina adalah perayaan terpenting masyarakat Tionghua yang menyambutnya mengikut calendar GAMARI Cina dan sambutannya dibuat dalam masa 15 hari. Pada hari ke-15, ia dikenali sebagai perayaan Chap Goh Mei. Memandangkan penyampaian dakwah memerlukan kreativiti dan pendekatan berbeza, maka sambutan tahun Baharu Cina dijadikan acara tahunan, khusus sebagai satu inisiatif dalam mempamerkan kebudayaan dan sambutan tradisi masyarakat Tionghua yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Antara pengisian aktiviti bagi program ini,  adalah seperti berikut :

                       i.        Perkongsian pengalaman daripada saudara Halim Ding   

                     ii.        Pameran HIJAB CORNER dan booth NGO 

                    iii.        Tarian Singa 

                    iv.        Persembahan kebudayaan

                     v.         Acara Yee Sang

                    vi.        Cabutan Bertuah

                  vii.        Pemberian Ang Pau kepada kanak-kanak, OKU dan Warga Emas

 

Perasmian Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 kali ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 03 April 2020.
Jumlah Pelawat :12393683