WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KUANTAN, PAHANG (1 SEPTEMBER 2020) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah telah menganjurkan Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang yang bertempat di Dewan Jubli Perak sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

 

Majlis Perasmian Penutupan Seminar telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang diiringi oleh YB Dato' Senator Datuk Dr.Haji Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam). Turut hadir bersama meraikan Majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang dan YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

 

Program ini merupakan kesinambungan kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1985, bagi memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai teras agar dihayati oleh setiap anggota perkhidmatan awam kearah mencapai kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

 

Antara Objektif utama penganjuran Seminar ini adalah bagi meningkatkan penghayatan nila-nilai Islam dalam perkhidmatan awam dan melahirkan penjawat awam yang cemerlang dalam meyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

 

1

 

6

 

3

 

4

 

5

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2020.
Jumlah Pelawat :12457240