Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 9 April 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penggubalan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Bil 1/2021 secara atas talian.
 
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri dan wakil tersebut telah menyemak dan memperhalusi Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 yang merupakan garis panduan umum kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam melaksanakan tugas mereka. Mesyuarat turut mencadangkan beberapa cadangan pindaan bagi tujuan penambahbaikan kepada tatacara sedia ada selaras dengan misi ke arah pemerkasaan institusi penguatkuasaan syariah.
 
Pemantapan Prosedur Penguatkuasaan Melalui Cadangan Penambahbaikan Kepada Arahan Tetap Pengarah JAIN 1