jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
MENJAWAB KENYATAAN "FREE MALAYSIA TODAY" BERTARIKH 7 JUN 2017
__________________________________________________________________________
 
Merujuk kepada kenyataan oleh Datuk Zaid Ibrahim yg dipetik daripada Free Malaysia Today bertarikh 7 Jun 2017 yang bertajuk "Rombak Jakim, bukan ulangi ceramah ‘Islam sebenar’, Najib diberitahu".
 
Jakim sebenarnya ditubuhkan bagi melaksanakan mandat Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam Agama Bagi Persekutuan. Penubuhan Jakim telah terbukti berjaya menjalankan peranannya dengan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan ummah demi mencapai kebahagian hidup dunia dan akhirat.
 
Malahan Jakim telah berjaya melaksanakan banyak perkara dalam penyelarasan dan penyeragaman dalam urusan hal ehwal Islam yang dilaksanakan oleh negeri-negeri, terutamanya berkaitan undang-undang, pentadbiran dan pendidikan Islam.
 
Dakwaan bahawa agamawan telah mengamalkan budaya memaksa dan mengugut, adalah juga kenyataan yang tidak benar dan menyimpang dari realiti orang beragama dan memberi imej yang buruk terhadap golongan ulama di negara ini. Ulamak adalah pewaris para Nabi- Nabi dalam membimbing ummah kearah jalan yang benar. Menyeru kearah kebaikan dan melarang kejahatan.
 
Justeru, Jakim menyeru semua pihak agar banyak bermuhasabah terutama dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bukannya menimbulkan perkara-perkara yang tidak harmoni.
 
Sekian.
 
 
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha
8 Jun 2017