Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat dan Pengurusan Jenazah Dalam Kapal Selam ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dijadikan rujukan kepada Markas Angkatan Kapal Selam Malaysia secara khususnya dan Tentera Laut DiRaja Malaysia secara amnya. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan anak kapal dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap tugas di samping menunaikan tanggungjawabnya sebagai Muslim dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga memberikan panduan kepentingan penjagaan Maqasid al-Syariah dalam apa juga keadaan.