Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, ILIM  Kampus Utama dan ILIM Kampus Kundasang telah mengadakan Kursus Kepemimpinan Rabbani pada 22 – 25 September 2020 (Selasa- Jumaat), bertempat di ILIM Kampus Cawangan Kundasang.  Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada kalangan ahli pemimpin masyarakat. Objektif utama kursus ini adalah untuk membina jati diri, integriti dan keterampilan kepimpinan dalam diri para peserta serta memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kemahiran kepimpinan, tatacara pengurusan, pentadbiran yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.  

Kursus selama 4 hari 3 malam ini, telah menggunakan khidmat al-Fadhil Ustaz Mohammad Zamri b. Mohd. Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), selaku penceramah dan ketua fasilitator sepanjang kursus berlangsung. Beliau dibantu oleh tiga orang fasilitator, iaitu al-Fadhil Ustaz Mohd. Azahar bin Mohammad, saudara Jamal Adli bin Ahmad Shukri dan Saudara Hafizi bin Nurodin. Manakala Mejar (K) Dr. Zhamriee Hj. Gulam Rasul daripada Institut Usahawan Muda Cawangan Sabah pula mengisi slot imej keterampilan, protokol dan etiket sosial  serta pengendalian mesyuarat berkualiti.

Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati mereka amat berpuas hati dengan kursus ini, kerana bukan sahaja merasa seronok mengikuti kursus ini, tetapi juga memperolehi banyak pengetahuan baharu yang bermanfaat. Rata-rata mengharapkan siri-siri Kursus Kepemimpinan Rabbani diteruskan pada masa akan datang dan berharap untuk menyertai lagi kursus seumpama ini di masa-masa akan datang.