Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

Pada 25 Februari hingga 1 Mac 2019 yang lalu, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi telah mengadakan Kursus Asas Auditor Pensijilan Halal Malaysia 2019. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pegawai di Bahagian Pengurusan Halal, Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri telah menghadiri kursus ini.

Kursus yang diadakan selama seminggu ini merupakan salah satu kursus di bawah Program Kompetensi Auditor seliaan Seksyen Kualiti dan Pembangunan Kompetensi, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai baharu mengenai proses pensijilan halal serta rujukan yang digunapakai dalam menjalankan proses pensijilan halal.

Penceramah yang dijemput adalah merupakan pegawai dan auditor halal kompeten dan berpengalaman daripada Bahagian Pengurusan Halal dan Sektetariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM. Penutupan program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Zuraini binti Yahaya , Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

KURSUS AUDITOR UTAMA 250201032019

KURSUS AUDITOR 2 250201032019

KURSUS AUDITOR 3 250201032019

KURSUS AUDITOR 4 250201032019