Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Jun 2019 - Sekretariat Majlis Halal Malaysia melalui Malaysia International Halal Academy (MIHA) telah menganjurkan program Majlis Taklimat dan Penyerahan Surat Pendaftaran Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA).

Majlis ini berlangsung di Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan dirasmikan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), YBhg Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee serta turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari bin Md Akhir dan wakil daripada 25 Rakan Strategik yang telah didaftarkan di bawah MIHA.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menyerahkan Surat dan Sijil Pendaftaran Syarikat sebagai Rakan Strategik di bawah MIHA oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) di samping mengeratkan hubungan antara Rakan Strategik dan JAKIM.

Sebanyak 25 rakan strategik dan 81 Halal Personel (HP) / Halal Facilitator (HF) telah berjaya didaftarkan di bawah MIHA. Antara lain tujuan pendaftaran ini adalah untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti halal dan modal insan melalui kaedah Training and Coaching (T&C) ke arah melahirkan lebih ramai profesional halal peringkat domestik dan global.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

DAFTAR MIHA UTAMA 20062019

DAFTAR MIHA 1 20062019

DAFTAR MIHA 2 20062019

DAFTAR MIHA 3 20062019

DAFTAR MIHA 4 20062019

DAFTAR MIHA 5 20062019

DAFTAR MIHA 6 20062019

DAFTAR MIHA 7 20062019

DAFTAR MIHA 8 20062019

DAFTAR MIHA 20062019