Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
PERKASA KEMAHIRAN - IPDAS & ILP jalin kerjasama
 
19/02/2020 (Rabu)- Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JAKIM dan JTM telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM dan Encik Mat Setia bin Mohd Raji, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia. Nota Kerjasama ini adalah persetujuan untuk bekerjasama dalam pembangunan sumber manusia berkaitan pendidikan dan kemahiran bagi “customized programme” yang akan dilaksanakan oleh Institut Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) secara kursus jangka pendek dalam bidang kimpalan, pembaikan telefon dan servis asas membaiki kereta kepada 200 pelajar IPDAS Kudat yang terdiri daripada para Muallaf dan Muslim Pedalaman Sabah. 
 
Program ini juga merupakan elemen tambahan pendidikan di IPDAS yang  menstrukturkan kepentingan TVET, selain menyediakan para muallaf dengan ilmu dan kefahaman Agama Islam dan InsyaAllah membantu memperkukuhkan kemandirian para muallaf untuk meneroka dalam pasaran pekerjaan setelah memeluk agama Islam.
 
WhatsApp Image 2020 02 20 at 7.34.13 AM 3
 
WhatsApp Image 2020 02 20 at 7.34.14 AM 2
 
WhatsApp Image 2020 02 20 at 7.34.13 AM 2