Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:05 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:26 Asar : 16:48 Maghrib : 19:23 Isyak : 20:37

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) merupakan program tahunan anjuran Jakim dengan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) dalam mencapai hasrat penganjurannya iaitu menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan bidang Tamadun Islam. Pada tahun ini, Jakim bersama-sama rakan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Taqwa MAIWP telah menganjurkan Seminar TAWIS 2016 di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM pada 8 Disember 2016.

Seminar ini memfokuskan isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh Tamadun Islam meliputi pelbagai aspek seperti hiburan, kesenian, kebudayaan, pendidikan, sosial, politik dan lain-lain. Sebanyak tiga pembentangan dan satu forum telah diadakan dalam seminar TAWIS pada kali ini.

Antara tokoh yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam seminar ini ialah Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya, Prof. Dr. Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Prof. Dr. Wan Kamal Mujani, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM. Satu Forum bertemakan Tamadun Islam dan Keharmonian Sejagat turut diadakan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Pensyarah Kanan UKM. Forum ini menampilkan penalis Prof. Madya Dr Hussain bin Othman dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Timbalan Pengarah 1, Institut Wasatiyyah Malaysia, dan Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof dari Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim. Forum ini membincangkan tamadun Islam daripada perspektif politik, spiritual, keimanan, wasatiyyah dan sosiobudaya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Prof. Dr. Nor Ghani bin Md. Nor, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM, En. Che Hussin bin Isa, Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Jakim dan En. Amran Awaludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim. Seminar ini dihadiri 300 orang yang terdiri daripada pensyarah, penjawat awam, mahasiswa, NGO, dan masyarakat awam.

tawis2016 1

tawis2016 02

tawis2016 3

tawis2016 03

tawis2016 4

tawis2016 5

tawis2016 6

tawis2016 8

tawis2016 9

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Januari 2017.
Jumlah Pelawat :9969880