Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:44 Syuruk : 7:07 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah berkolaborasi menganjurkan Pertandingan Dikir Dakwah Belia Islam Peringkat Negeri Kelantan sempena Festival Islam Kelantan 2016 M/1438 H. Pertandingan ini diadakan pada 5 Disember 2016 bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kompleks Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Penganjuran pertandingan ini adalah inisiatif strategik untuk mengasimilasikan keindahan Islam dengan keindahan seni warisan budaya masyarakat tempatan dan dalam masa yang sama juga diharapkan dapat melahirkan generasi pelapis serta daie dikir dakwah di Malaysia amnya dan di Negeri Kelantan khususnya. Melalui usaha ini dapat menyemarakkan medium penyampaian dakwah kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dengan lebih interaktif dan kreatif.

Pertandingan ini telah menarik penyertaan 8 kumpulan dikir barat dari 8 buah Daerah di Negeri Kelantan. Program yang pertama kali diadakan ini bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 500 orang penonton dari seluruh negeri Kelantan. Johan Pertandingan Dikir Dakwah Belia Islam Peringkat Negeri Kelantan telah dimenangi oleh Kumpulan Gerbang Arjuna mewakili  Majlis Daerah Bachok yang membawa pulang hadiah RM 5,000.00 manakala tempat kedua dimenangi Kumpulan Tunas Muda Merkang mewakili Majlis Daerah Ketereh (MDK) yang menerima hadiah RM4,000 dan tempat ketiga yang membawa pulang hadiah sebanyak RM 3,000.00 adalah Kumpulan KADA Kadok mewakili Majlis Daerah Machang. Kumpulan Gerbang Arjuna mewakili  Majlis Daerah Bachok juga merangkul ketiga-tiga anugerah khas iaitu  Anugerah Persembahan Kumpulan Terbaik, Anugerah Tukang Karut Terbaik dan Anugerah Jogho/Juara Terbaik dengan membawa pulang hadiah keseluruhan RM 1,100.00.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Dikir Dakwah Belia Islam Peringkat Negeri Kelantan kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan turut hadir bersama YBhg. Dr. Hasnan bin Ramli, Timbalan pengarah (Operasi) JAHEAIK dan Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim. Pihak Jakim bersama dengan agensi-agensi berkaitan akan sentiasa mencipta  dan memperkasa  inisiatif-inisiatif strategik bagi memastikan program-program dakwah dapat dimasyarakatkan melalui multi-dimensi dan lebih interaktif ,dinamik serta progresif pada masa hadapan.

 

dikirdakwah2016 1

dikirdakwah2016 2

 

dikirdakwah2016 4

dikirdakwah2016 5

dikirdakwah2016 6

 

dikirdakwah2016 8

dikirdakwah2016 9

dikirdakwah2016 7

dikirdakwah2016 3

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11168582