WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Perak (ILKKMSAS), Tg Rambutan Ulu Kinta, Ipoh, satu Wacana Intelektual Akidah Kepelbagaian Aliran Pemikiran Menurut Perspektif Islam telah selamat diadakan dengan jayanya. Wacana ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (JAKIM) dengan mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).
 
Penganjuran wacana ini bertujuan antaranya bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat berkaitan ciri-ciri akidah Islamiah yang bertepatan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah serta menyedarkan masyarakat akan bahayanya serangan pemikiran Barat. Dengan jumlah peserta yang hadir seramai hampir 1000 orang melibatkan Guru Takmir Negeri Perak, Guru Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa dan Pegawai Masjid serta kakitangan ILKKMSAS, objektif dan matlamat wacana ini tercapai sepenuhnya.
 
Wacana Intelektual Akidah ini dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Ghazwul Fikri Dan Kaedah Menanganinya oleh Dr Wan Fariza Alyati binti Wan Zakaria, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya disambung dengan sesi pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Nusantara oleh Dr Abdul Rahman bin Mahmood, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Tepat jam 11 pagi, wacana diteruskan lagi dengan forum bertajuk Menangani Cabaran Dan Isu-Isu Semasa Islam. Forum ini dimoderatorkan oleh Al-Fadhil Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Timbalan Yang Dipertua YADIM, dan antara barisan ahli panelnya ialah YBhg S.S. Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Prof Madya Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah Universiti Malaya (UM), serta Prof Madya Dr. Khalif Muammar bin A.Harris, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
Wacana ini diakhiri dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Dalam ucapan perasmian, beliau menyampaikan salam dan tahniah daripada Ketua Pengarah Jakim dan semua yang hadir. Beliau juga menyebutkan akan peri pentingnya pegangan akidah dalam mendepani cabaran arus globalisasi hari ini. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato' Hj Mohd Yusop bin Hj Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Tuan Hj Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Shaiful Nizam bin Not wakil MAIPk serta wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Unit Takmir & PPMD Perak turut terlibat sebagai urusetia bersama dalam program ini.
 
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 1
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 2
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 3
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 4
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 5
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 6
 
WACANA INTELEKTUAL AKIDAH JAIP 2018 7
 
Laporan
PPMD IPOH
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Januari 2019.
Jumlah Pelawat :12257918