Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN GURU PENDIDIKAN KHAS KELAS AL-QURAN DAN FARDHU ‘AIN (KAFA) SIRI 1 TAHUN 2019
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA pada 14 hingga 16 Mei 2019 bersamaan 9 hingga 11 Ramadhan 1440H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.
 
Pada tahun ini JAKIM telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program latihan untuk melahirkan Jurulatih Utama (JU) yang terdiri daripada Guru-guru KAFA untuk mengajar Murid Bekerperluan Khas (MBK) KAFA merangkumi masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran dan ia dijadikan sebagai salah satu Key Performance Indicator (KPI) JAKIM bagi tahun 2019.
 
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk menghasilkan modul latihan yang standard dan berkualiti untuk digunakan sebagai rujukan utama dalam program latihan kejurulatihan Guru-guru Pendidikan Khas KAFA yang dijangka akan bermula pada bulan Julai hingga Oktober 2019.
 
Peserta bengkel merupakan ahli-ahli pakar dalam bidang Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam yang diketuai oleh YBrs. Dri. Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.
 
Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Zaiton binti Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Masita binti Mohd Yusof, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme, IPGM, Encik Othman bin Loman, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGM dan YBrs. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Pendidikan, JAKIM.
 
Bengkel Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA Siri 1 Tahun 2019 1
 
Bengkel Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA Siri 1 Tahun 2019 2
 
Bengkel Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA Siri 1 Tahun 2019 3
 
Bengkel Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA Siri 1 Tahun 2019 4
 
Bengkel Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA Siri 1 Tahun 2019 5