WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bengkel Penyelarasan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini telah diadakan pada 3 Januari 2019 (Khamis) yang lalu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai ketua kluster Kemajuan Islam. Bengkel ini diadakan bagi membincangkan fungsi dan peranan 6 agensi terlibat iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan TV Alhijrah.
 
Hasil daripada bengkel tersebut fungsi, skop dan kumpulan sasaran setiap agensi telah dikenalpasti dan telah diselaraskan di bawah bidang-bidang berikut iaitu Dakwah dan Media, Penyelidikan, Sosio Ekonomi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Sosial dan Komuniti, dan Perundangan. Selain daripada itu, Branding Program juga telah dikenalpasti mengikut bidang-bidang tersebut dan ia melibatkan kerjasama daripada semua agensi yang terlibat.
 
 
Inter Agensi 1
 
Inter Agensi 3
 
Inter Agensi 2
 
Inter Agensi 5
 
Inter Agensi 4
 
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Januari 2019.
Jumlah Pelawat :12257916