WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA
YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)
 
2 Ogos 2019 – JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Wacana Industri Kreatif bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan idea bernas daripada para ilmuan dan pakar-pakar serta pihak industri kreatif berkaitan aspek penyiaran dan hiburan dari sudut Islam yang akan digunakan sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri penyiaran dan hiburan.
 
Wacana ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Puan Hajah Hakimah bt. Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dan panel-panel pakar JAKIM. Wacana ini telah mendapat respon yang sangat positif daripada pihak industri dan antara yang hadir ialah YBhg. Dato' Yusof Haslam dari Skop Productions Sdn. Bhd., agensi badan pengawal (KDN, MCMC, FINAS), agensi pembiaya (MARA, PUNB, SME, CGC) dan pihak penyiar (RTM, Tv al-Hijrah, Astro). Satu kertas makluman berkaitan Draf Panduan Penyiaran dan Hiburan dari Sudut Islam telah dibentangkan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM sebagai asas perbincangan wacana tersebut agar panduan yang lebih inklusif dapat disediakan selaras dengan perkembangan semasa dan kepentingan industri kreatif sebagai medium dakwah yang sangat berkesan pada hari ini.
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 1
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 2
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 3
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 4
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 5
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 6
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 7
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 8
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 9
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 10
 
WACANA INDUSTRI KREATIF BERSAMA YB MENTERI 11
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Disember 2019.
Jumlah Pelawat :12361591