WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Lawatan tidak berjadual Seri Paduka Baginda ini dilakukan selepas Baginda mengadakan mesyuarat pra-kabinet bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati , Putrajaya.
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di JAKIM disambut oleh Datuk Hj. Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri serta Pengarah-pengarah Kanan JAKIM.
 
Menurut Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadli Shamsuddin, lawatan mengejut ini adalah di atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri selaku ketua agama negara.
 
Seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda iaitu Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
 
Dato’ Ahmad Fadil berkata lawatan tidak berjadual ini bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapat pencerahan lebih dalam lagi berkenaan fungsi dan peranan JAKIM di samping beramah mesra Bersama warga JAKIM.
 
Penglibatan aktif Seri Paduka Baginda dengan JAKIM bermula dengan Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka baginda di Istana Negara, pada 20 Jun 2019.
 
Majlis Munaqasyah tersebut julung kali dianjurkan antara Istana Negara dan JAKIM, di atas inisiatif Seri Paduka Baginda supaya memantapkan lagi agensi-agensi agama agar ada keseragaman di samping mendapat maklumat perkembangan terkini hal ehwal Islam di negeri-negeri bawah naungan Seri Paduka Baginda.
 
Susulan dari majlis ini, Majlis Munaqasyah kali kedua akan dianjurkan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang dijadualkan pada bulan Oktober 2019 nanti.
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 1
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 2
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 3
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 4
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 5
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 6
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 7
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 8
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 9
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 10
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 11
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 12
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 13
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 14
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 15
 
Lawatan YDPA Ke JAKIM 2019 16
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Ogos 2019.
Jumlah Pelawat :12329185