WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA 9 Ogos : Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri telah disempurnakan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Kompleks Islam Putrajaya.
 
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) YAA Dato' Dr. Haji Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tuan Hj Mohd Ajib Ismail serta pegawai dan kakitangan Agensi-agensi Hal Ehwal Islam Persekutuan.
 
Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih yang menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Kerajaan juga telah memutuskan untuk mengekalkan logo rasmi sambutan tahun lepas sebagai logo rasmi sambutan pada tahun ini dengan tambahan tema baru tersebut.
 
Pada Majlis tersebut, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof melekatkan Jalur Gemilang di motosikal dari kelab motorsikal berkuasa tinggi yang bernaung di bawah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) serta kenderaan-kenderaan rasmi Jabatan termasuk kenderaan rasmi YB Menteri sendiri.
 
Semoga semua warga JAKIM dan Agensi-agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri sama-sama menghayati semangat bulan kemerdekaan dan menjiwai tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 1
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 2
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 3
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 4
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 5
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 6
 
Pelancaran Bulan Kebangsaan Agensi Agama 2019 7
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Ogos 2019.
Jumlah Pelawat :12329185