Kurator Berita : Bahagian Penyiaran

24 Disember 2020 - Majlis Tausiyah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Pendakwah Selebriti telah diadakan di Pusat Konvensyen Movenpick, Kompleks TH, KLIA Sepang, Selangor. 

Majlis ini yang dianjurkan JAKIM dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menghimpunkan gabungan para pendakwah senior dan muda yang terlibat dalam program penyiaran di TV dan Radio. Antara pendakwah yang hadir YBhg. Dato’ Ustaz Mohd. Kazim Elias, YBhg. Dato’ Ustaz Badlishah Alauddin, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, YBhg. Dato’ Ustaz Zawawi Yusof, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Ustazah Hajjah Zawiah Hassan, Dr Zamri Zainuldin termasuk Imam Muda Asyraf, Ustazah Muzayyanah Abdullah, PU Dr. Taha, Da’i Nor Afiqah Mahmud. 

YB Menteri telah menyampaikan nasihat kepada semua pendakwah agar sentiasa memanfaatkan ruang dakwah di media penyiaran untuk mendidik masyarakat. Para pendakwah adalah duta agama yang sentiasa perlu prihatin kepada keperluan masyarakat. Para pendakwah telah menekuni amanat daripada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di samping memberi pandangan maklum balas. Wakil pengurusan saluran RTM, TV3, Astro, TV Al Hijrah, Radio IKIM, Zayanfm dan Salamfm turut hadir dalam majlis yang juga dihadiri YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Manakala, YBhg. Datuk Abdul Aziz Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan kepada para pendakwah yang sentiasa bekerjasama erat membangunkan program-program dakwah  bersama JAKIM. Beliau juga memaklumkan majlis yang diurus setiakan oleh Bahagian Penyiaran ini akan terus dijadikan program berkala JAKIM.

Semoga pertemuan ini akan melonjakkan industri penyiaran dakwah negara.
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 1
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 2
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 3
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 4
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 5
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 6
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 7
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 9
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 10
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 11
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 12
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 13
 
Pendakwah Penyiaran Duta Agama 14