WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Meneruskan penyampaian Misi Bantuan Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM, team ini telah ke Kampung Orang Asli Sungai Berua Hulu Terengganu yang merupakan Salah Satu drpd 3 buah Kampung Orang Asli di Terengganu.
 
Seramai 3 keluarga dipilih untuk menerima gimik Sumbangan yang disampaikan Oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dan diringi Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh serta beberapa orang pegawai dari JAKIM dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Terengganu. Sumbangan yang merupakan barangan kegunaan harian turut diberikan Kepada penduduk 124 keluarga Yang lain Termasuk dari Beberapa kampung lain.
 
Majlis ringkas Ini yang mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Terengganu, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu Dan Jakoa.
 
Bantuan yang diberikan ini adalah merupakan hasil Sumbangan masyarakat kepada Tabung Musa'adah Covid-19 Jakim. Sumbangan anda, Kami sampaikan.
 
Sekiranya berhasrat untuk manyumbang, boleh salurkan ke Akaun Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528.
 
Bantuan Tabung Musaadah Org Asli Kampung Sungai Berua 1
 
Bantuan Tabung Musaadah Org Asli Kampung Sungai Berua 2
 
Bantuan Tabung Musaadah Org Asli Kampung Sungai Berua 3
 
Bantuan Tabung Musaadah Org Asli Kampung Sungai Berua 4
 
Bantuan Tabung Musaadah Org Asli Kampung Sungai Berua 5
 
 
#musaadahcovid19
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 29 Mei 2020.
Jumlah Pelawat :12413392