WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

27 April 2020, Isnin - Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Tabung Musaadah, COVID-19 , JAKIM oleh Syarikat SNI Sdn. Bhd  dan Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Puan Hjh Hakimah Binti Yusof kepada Hospital Putrajaya yang disaksikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri . Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Putrajaya, Puan Hjh Noorhayati bt Hj Amin dalam majlis yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya pada hari ini.

JAKIM telah menerima sumbangan berbentuk barangan daripada Syarikat SNI Sdn Bhd berupa 3,000 unit Surgical mask , 400 botol Hand Sanitizer dan 500 kotak IgCO Susu Kolostrum yang bernilai RM 111,000.00. Selain itu , dalam majlis yang sama , JAKIM juga turut menyerahkan sumbangan Personal Protective Equipment (PPE) dan Face Mask yang telah disumbangkan oleh usahawan Palestin di Malaysia iaitu Faragh Abdul Shahfi kepada Hospital Putrajaya bagi kegunaan petugas-petugas hadapan dalam menangani Covid-19.

Turut hadir dalam majlis tersebut YBrs Puan Hajah Hakimah bt Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah JAKIM, YBhg Datuk Haji  Abdul Aziz bin Jusoh , Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBrs Tuan Haji  Sallehuddin bin Yaacob , Pengerusi Syarikat SNI Sdn. Bhd , YBrs En. Ooi Huat Beng, Pengarah Urusan Syarikat SNI Sdn. Bhd dan rakan-rakan media.

YB Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat SNI dan usahawan Palestin Abdul Faragh Abdul Shahfi serta semua pihak yang tampil menyumbang kepada Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM. Sumbanagn yang diberikan amat bernilai bagi kegunaan petugas hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid -19.

Tabung Musaadah Syarikat SNI dan Sumbangan Kepada Hospital Putrajaya 1
 
Tabung Musaadah Syarikat SNI dan Sumbangan Kepada Hospital Putrajaya 2
 
Tabung Musaadah Syarikat SNI dan Sumbangan Kepada Hospital Putrajaya 3
 
Tabung Musaadah Syarikat SNI dan Sumbangan Kepada Hospital Putrajaya 4
 
Tabung Musaadah Syarikat SNI dan Sumbangan Kepada Hospital Putrajaya 5
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 29 Mei 2020.
Jumlah Pelawat :12413400