WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FACE MASK DARI SHANDONG HALAL CORPORATION (SHC) JENAN, KEPADA TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 JAKIM
 
28 April 2020, Selasa -Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Tabung Musaadah, COVID-19, JAKIM telah disampaikan oleh Shandong Halal Corporation (SHC), kepada YBhg Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya pada hari ini. Majlis penyampaian sumbangan disaksikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam majlis tersebut , JAKIM telah menerima sumbangan berupa 20, 000 unit Face Mask daripada YBhg Datuk Dr. Abd Aziz bin Jamaluddin, Chief Representative of Shandong Halal Corporation  (SHC), People’s Republic of China and Member of Impartiality Management Committee bagi kegunaan petugas-petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19.

Majlis tersebut dihadiri oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , YBhg Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh , Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM , YBhg Datuk Dr. Abd Aziz bin Jamaluddin, Chief Representative of Shandong Halal Corporation  (SHC), People’s Republic of China and Member of Impartiality Management Committee dan rakan –rakan media Penyiaran JAKIM .

YB Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Shandong Halal Corporation (SHC), Jenan, Shandong People’s Republic of China dan semua pihak yang tampil menyumbang kepada Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM. Sumbangan yang diberikan amat bernilai bagi kegunaan petugas hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid -19.






















QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 29 Mei 2020.
Jumlah Pelawat :12413380