Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan dasar dan perancangan strategik jabatan seperti berikut :

  1. Merangka hala tuju dan dasar kemajuan hal ehwal Islam yang progresif di peringkat persekutuan dan antarabangsa;

  2. Merancang penyelidikan yang komprehensif dalam bidang akidah, syariah, muamalat dan falak bagi memastikan masyarakat Islam mendapat panduan hukum yang selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

  3. Merancang dan membangunkan Maqasid Syariah sebagai rangka strategik yang inklusif dalam tadbir urus Negara serta dibudayakan dalam sektor awam dan swasta;

  4. Menetapkan hala tuju Halal Malaysia serta memastikan pematuhan standard dan piawaian berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;

  5. Merancang penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan Undang-undang Syariah antara negeri-negeri seluruh Malaysia;

  6. Mengetuai tugas keurussetiaan Majlis dan Acara Kebesaran Islam dan menyelaras kerjasama dalam bidang hal ehwal Islam di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;

  7. Merangka penyelarasan inter agensi di bawah kawal selia Jabatan.