VISI
Meningkatkan kefahaman Islam menerusi media elektronik bagi melahirkan masyarakat yang bermaklumat, progresif dan berakhlak mulia berteraskan tiga pendekatan iaitu Rahmatan lil alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.


MISI
Menyampaikan maklumat agama kepada rakyat dengan tepat ke arah penghayatan Islam yang menyeluruh.


OBJEKTIF
Menyiarkan rancangan agama radio dan televisyen bagi membangun keperibadian ummah berteraskan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.


FUNGSI

1. Penerbitan Rancangan Agama TV

Aktiviti : i) Penerbitan luar studio
ii) Penerbitan dalam studio
iii) Penerbitan siaran langsung
iv) Liputan untuk berita tv

2. Penerbitan Rancangan Agama Radio
Aktiviti : i) Penerbitan luar studio
ii) Penerbitan dalam studio
iii) Penerbitan siaran langsung
iv) Siaran radio Salam FM bersiaran di konti Asyik FM menerusi frekuensi 91.1 pada setiap hari bermula dari jam 11.00 malam hingga 8.00 pagi

3. Penerbitan “Live Streaming” Rancangan Agama TV dan Radio


PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk:

Menyediakan pelbagai jenis rancangan bercorak agama dan liputan berita untuk siaran radio dan televisyen setiap hari secara berjadual dan tepat pada waktunya.

Bertindak dengan segera terhadap sebarang komen atau kritikan berkaitan dengan mutu dan isi kandungan rancangan.