Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Sepang, 21.11.2019 : Mesyuarat Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 yang mula bersidang pada 20 November 2019 telah melabuhkan tirainya pada hari ini di Hotel Sama-Sama, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
 
Mesyuarat yang dihoskan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM ini telah melibatkan 22 orang ahli yang terdiri daripada Ketua Pengarah JAKIM, Mufti- Mufti seluruh Malaysia dan Ahli-Ahli Lantikan Majlis Raja-Raja.
 
Sepanjang persidangan 2 hari 1 malam ini, sebanyak 7 kertas hukum telah dibentangkan. Mesyuarat kali ke-116 ini merupakan penutup siri Muzakarah MKI tahun 2019 dan akan dijangka bersidang semula pada Mac 2020.
 
MKI Ke 116 1
 
MKI Ke 116 2
 
MKI Ke 116 3
 
MKI Ke 116 4
 
MKI Ke 116 5