Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Usaha yang berterusan JAKIM bagi mengangkat dan memartabatkan Undang-Undang Syariah di Malaysia akan terus dilaksana dan dijalankan dari semasa ke semasa. Justeru JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) telah pada 22-25 Ogos 2016 berjaya menganjurkan dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Malaysia Kali Ke-11 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah Malaysia Kali Ke- 11 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) dan Ketua Pendakwa Syarie (KPS), Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pendakwaan), BPUU JAKIM dan Puan Hajjah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) BPUU JAKIM serta beberapa orang pegawai BPUU JAKIM.

 

Mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari ini juga telah berjaya membincangkan isu-isu semasa penguatkuasaan Undang-Undang Syariah iaitu taklimat Pemakaian Pangkat dan Aksesori Pakaian Seragam Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI, cadangan penganjuran Konvensyen Undang-Undang Syariah Seluruh Malaysia 2016, makluman status terkini Perlaksanaan Projek Rintis Penempatan Pegawai PDRM di JAIS, taklimat Sistem e-Khairat JAWHAR, Laporan Perlaksanaan Kursus Ruqyah Syariyyah 1 & 2, dan Laporan Operasi Pemantauan dan Operasi Penguatkuasaan Isu Kutipan Derma Tanpa Kebenaran (Ops Kutip 2.0) 2016 serta lain-lain isu yang berkaitan. Manakala isu-isu pendakwaan Syariah yang telah dibincangkan adalah cadangan perlaksanaan Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara/Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Tahun 2016, kedudukan terkini pendakwaan Kes Millah Abraham di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, makluman perlaksanaan Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara/Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Tahun 2015 dan status terkini cadangan pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Negeri untuk dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Malaysia Kali Ke-11 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah Malaysia Kali Ke-11 telah berjaya mencapai objektif yang diharap. Hasil dan keputusan mesyuarat akan diselaraskan di seluruh Malaysia dan akan dibawa ke mesyuarat peringkat atasan jika memerlukan persetujuan lebih lanjut. Diharap persepakatan di antara kedua-dua ahli jawatankuasa dalam menyeragam dan menyelaras hal-hal berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah negeri-negeri seluruh Malaysia dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa di samping merealisasikan hasrat ke arah tranformasi penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah Malaysia.

 

klana resort 1

YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) JAKIM bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA)/wakil KPPA Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Seluruh Malaysia dan Urus Setia Mesyuarat

 

klana resort 2

 

klana resort 3

 

klana resort 4

 Pembentangan oleh wakil Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman

 

klana resort 5

 Taklimat Pemakaian Pangkat dan Aksesori Pakaian Seragam Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI

 

klana resort 6

Ketua Pendakwa Syarie (KPS)/wakil KPS Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Seluruh Malaysia bersama YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah BPUU JAKIM dan Urus Setia Mesyuarat

 

klana resort 8

 

klana resort 9

 Taklimat Berkaitan e-Khairat oleh wakil JAWHAR

 

klana resort 10

 

klana resort 11

 

Juru Foto : Encik Zuhairi bin Johari