Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya, 16 Julai 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya menganjurkan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah (SKPJS) 2018 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) manakala YBrs. Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM pula telah menyampaikan ucapan aluan dalam program tersebut.

Seramai 750 orang peserta telah hadir memenuhi Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kementerian/agensi sekitar Putrajaya, Pertubuhan-Pertubuhan Islam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mahasiswa mahasiswi daripada institut pengajian tinggi awam/swasta.

Objektif penganjuran seminar ini ialah:

1.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepelbagaian aliran pemikiran dan kefahaman masa kini yang tidak selari dengan Islam dan isu-isu yang berkaitan dengannya;

2.    Membicarakan secara mendalam isu-isu dan teknik pencegahan jenayah yang berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah serta memperkukuhkan pemahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai pegangan ummah Islam di Malaysia; dan

 

3.  Memperkasakan usaha pencegahan jenayah berkaitan ajaran sesat dan kefahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh Malaysia dalam agenda amar makruf dan nahi mungkar kepada masyarakat mengenai perundangan Islam.

Seminar ini mengandungi satu (1) pembentangan kertas utama, tiga (3) kertas kerja dan satu (1) forum seperti berikut :

         Pembentangan Kertas Utama

 Tajuk : Menyantuni Kepelbagaian Aliran Pemikiran

          Oleh : S.S. Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad al- Bakri

           Mufti Wilayah Persekutuan

 

         Pembentangan Kertas Kerja

 

Kertas Kerja 1

      Tajuk : Menyantuni Kesalahan Berkaitan Aqidah dan Pemikiran Berdasarkan

                  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

Oleh : YBhg. Datuk Haji Rahimin bin Bani

           Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama

           Jabatan Agama Islam Melaka

 

Kertas Kerja 2

         Tajuk : Kepelbagaian Ancaman Pemikiran Moden ; Satu Sorotan

Oleh : YBrs. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris

           Pengarah

           Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (CASIS)

                    Universiti Teknologi Malaysia
 

           

Kertas Kerja 3

         Tajuk : Analisis Fatwa Berkaitan Fahaman dan Pemikiran Agama

Oleh :  S.S. Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Ophir

           Timbalan Mufti Selangor

          

Sesi Forum Perdana

Tajuk   : Akukah Yang Paling Islamik ?

                                             

         Panel 1 :    YDH DCP Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay

                           Ketua Penolong Pengarah

                           Bahagian Counter Terrorisme

                           Cawangan Khas PDRM Bukit Aman

              

         Panel 2:     Tuan Azril bin Mohd Amin

                           Ketua Pegawai Eksekutif

                           Centre For Human Right Research and

                           Advocacy (CENTHRA)

         

Hasil daripada penganjuran seminar ialah : Pertama, peningkatan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kesalahan jenayah syariah di dalam akta/enakmen/ordinan dan fatwa-fatwa yang ada. Kedua, penyaluran maklumat dan penyelarasan inisiatif serta program-program pencegahan jenayah syariah dapat disampaikan kepada masyarakat bagi mengukuhkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ketiga, kerja serta kolaborasi strategik dalam usaha pencegahan jenayah berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah di antara agensi agama dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sukarelawan dapat mempertingkatkan kesucian Islam.

 

skpjs 2018 0

 

 

skpjs 2018 4

 YBhg. S.S. Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan membentangkan kertas utama

  

skpjs 2018 1

 

skpjs 2018 2

 Perasmian Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah (SKPJS) 2018 

oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM

 

skpjs 2018 9

 YBrs. Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah BPUU menyampaikan ucapan aluan

 

skpjs 2018 3

 Tetamu jemputan dan peserta tekun mendengar ucapan perasmian SKPJS 2018

 

skpjs 2018 5

 Antara peserta seminar yang hadir, mahasiswa dan mahasiswi  daripada IPTA/IPTS  

 

skpjs 2018 6

 Sesi Pembentangan Kertas Kerja oleh panel jemputan

 

skpjs 2018 7

 Sesi Soal Jawab bersama panel jemputan

 

skpjs 2018 8

 Sesi Forum bersama YDH DCP Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay (PDRM), Tuan Azril bin Mohd Amin (CENTHRA)

dan Moderator Ustaz Akhrun bin Musa (JAKIM)