25 Januari 2018 (Khamis), Jakarta Indonesia: Agenda baru dalam mengukuhkan hubungan sedia ada dua buah Negara bersaudara antara Malaysia dan Republik Indonesia terus direncanakan.
 
Pertemuan dua hala antara Jakim yang diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee Pengarah Bahagian Hab Halal bersama Yang Mulia Prof. Ir. Sukoso Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.
 
Turut serta dalam pertemuan En. Muhammad Naim Mohd Aziz Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, En. Abang Zainal Abang Ariffi Atase Agama Republik Indonesia, wakil MATRADE, MITI dan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia.
 
Pertemuan pertama kali ini menjurus kepada perencanaan mengukuhan bidang kerjasama dan jaminan pengiktirafan halal antara kedua-dua buah Negara. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana yang harmoni dan semangat persaudaraan itu adalah titik tolak selanjutnya dan dokongan Kerajaan Malaysia dalam menyambut baik agenda halal yang kini diterajui sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan Republik Indonesia.
 
Pertemuan tersebut juga turut menyentuh soal perkongsian kepakaran dalam bidang halal yang diterajui oleh Jakim. Alhamdulillah semoga ini bakal melakar sejarah baru agenda dan kerjasama halal bagi kedua-dua buah negara.
 
LAWATAN PHH INDONESIA 24.1.2018
 
LAWATAN PENGARAH BHH INDONESIA 2 24012018
 
LAWATAN PENGARAH BHH INDONESIA 3 24012018



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 15 Februari 2018.
Jumlah Pelawat :12169522