Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia telah dijemput untuk membentangkan mengenai Indeks Syariah Malaysia kepada warga Jabatan Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bulanan Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Perhimpunan yang diadakan pada 28 September 2016 telah hadiri oleh YBhg Tan Sri Dato Othman Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Agensi di bawah JPM.

Mewakili Unit Indeks Syariah Malaysia, Ustazah Nor Safina Zainal selaku Ketua Unit Indeks Syariah Malaysia telah menyampaikan perkongsian mengenai Indeks Syariah Malaysia yang telah dilaksanakan oleh Jakim. Jakim telah diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri untuk melakukan pengukuran Indeks Syariah dan membudayakan prinsip Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara. Program seumpama ini juga merupakan satu satu siri penerangan ISM kepada Kementerian-kementerian, Kerajaan Negeri dan masyarakat.

Selain itu, Unit Indeks Syariah Malaysia turut membuka booth pameran dan mengedarkan risalah-risalah mengenai ISM kepada semua warga JPM yang hadir ke Perhimpunan tersebut. Pembentangan ini adalah susulan daripada pertemuan dan kunjung hormat Jakim kepada TKSUK, JPM mengenai Indeks Syariah Malaysia pada bulan september yang lalu.

KUISM III

AUDIEN

KUISM IV

KUISM I copy

TKSUK II