Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

Negeri Johor menjadi negeri ke-12 penganjuran siri penjelasan Indeks Syariah Malaysia ke negeri-ngeri selepas negeri Perak, Kedah, Kelantan, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perlis. Berlangsung pada 20 Oktober 2016 bertempat di Dewan Pusat Islam Iskandar Johor yang dihadiri seramai 1000 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan awam persekutuan dan negeri. 

Hadir merasmikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Johor ialah YB Tuan Haji Abd Mutalip Abd Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir Dato Nooh Gadut (penasihat Majlis Agama Islam Johor), Tuan Haji Paimuzi Yahya (Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan, Jakim), Tuan Haji Md Rofiki Dati Haji A. Shamsudin (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor) dan ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan ialah Pembudayaan Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara oleh Prof Madya Dr Arief Salleh Rosman dan Indeks Syariah Malaysia Satu Pengenalan oleh Ustazah Nor Safina Zainal.

IMG 20161020 WA0052

IMG 20161020 WA0045

IMG 20161020 WA0047

IMG 20161020 WA0054

IMG 20161020 WA0055

IMG 20161020 WA0057

IMG 20161020 WA0056

IMG 20161020 WA0046