Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Bermula pada April 2015, satu kerangka hala tuju telah digariskan bagi memastikan aspirasi dan matlamat Kerajaan memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hasil komitmen dan kerjasama padu daripada semua kementerian, jabatan dan agensi, kerangka hala tuju Indeks Syariah Malaysia tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan impak terbaik dapat direaliasasikan hasil daripada pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia ini, sebanyak 13 Kementerian dan Jabatan telah menubuhkan Sekretariat Indeks Syariah Malaysia bagi memantau dan menyelaras tindakan-tindakan penambahbaikan berkaitan dengan hasil penyelidikan Indeks Syariah Malaysia dalam lapan (8) bidang utama pentadbiran negara yang telah ditetapkan, iaitu; pendidikan, perundangan, kesihatan, politik, ekonomi, sosial, budaya dan prasarana dan persekitaran.
 
Selaras dengan hasrat Kerajaan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi Unit Indeks Syariah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Panduan Pelaksanaan Sekretariat dan Kit Indeks Syariah Malaysia yang disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Penyerahan buku panduan dan kit ini adalah sebagai maklumat asas bagi membolehkan kefahaman tentang matlamat dan hala tuju pelaksanaan ISM serta fungsi dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh setiap Sekretariat ISM di peringkat kementerian, jabatan dan agensi ke arah melonjakkan lagi pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia.
 
Kementerian dan jabatan yang telah mengambil inisiatif menubuhkan Sekretariat ISM ini telah menghadiri majlis tersebut, antaranya; YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU, YBrs. Dr. Waitchalla R.R.V. Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, YBhg. Dato’ Haji Akbar bin Haji Samon, Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia JPM, YBrs. Cik Saraya binti Arbi, Setiausaha Bahagian Dasar & Kebudayaan KPK dan YBrs. Puan Azizah binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi NRE.
 
Dalam majlis yang sama, video “Maqasid Syariah Landasan Urus Tadbir Negara” terbitan JAKIM telah dipertontonkan kepada semua tetamu yang hadir. Sebanyak 20 kementerian, jabatan dan pelbagai agensi terlibat dalam penyediaan kandungan video ini. Video berdurasi selama tujuh minit ini memaparkan komitmen Kerajaan yang telah dilaksanakan oleh kementerian, jabatan dan agensi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
 
 
menteri 1 penyerahan kit
 
 
menteri 2 penyerahan kit
 
 
menteri 3 penyerahan kit
 
 
menteri 5 penyerahan kit
 
 
menteri 6 penyerahan kit
 
 
menteri 7 penyerahan kit
 
 
menteri 8 penyerahan kit
 
 
menteri 10 penyerahan kit
 
 
menteri 11 penyerahan kit
 
 
menteri 9 penyerahan kit
 
 
menteri 12 penyerahan kit
 
3D Buku Panduan Sekretariat ISM