Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Berat mata memandang, berat lagi orang yang menanggung. Begitulah yang dirasai oleh adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13 tahun. Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, yang putus kedua-dua di bawah paras lutut selepas digilis oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah ke rumahnya. Berkongsi rasa kesedihan yang dialami, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang diketuai oleh YBhg Ustaz Ruslan bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan, YBhg Ustaz Salleh bin Saad, Ketua Penolong Pengarah serta kakitangan dari Bahagian Dakwah telah mengadakan lawatan mahabbah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 21 Januari 2016.
 
Dalam kunjungan tersebut bagi pihak Jakim, YBhg Ustaz Ruslan, telah menyampaikan sumbangan kewangan dan buku Panduan Bersuci dan Bersolat Bagi Pesakit kepada Encik Roslan, bapa Siti Nuraisyah.
 
Pada kesempatan yang amat berharga ini, YBhg Ustaz Ruslan juga turut memberi kata-kata semangat agar menerima setiap dugaan ini dengan penuh redha. Akhir lawatan ini, ahli lawatan bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang telah dipimpin oleh YBhg Ustaz Salleh bin Saad, memohon agar diberi kesembuhan dan keselamatan oleh Allah SWT kepada adik Siti Nuraisyah dan sekeluarga.
 
Berat Mata Memandang Berat Lagi Menanggung 1
 
Berat Mata Memandang Berat Lagi Menanggung 2
 
Berat Mata Memandang Berat Lagi Menanggung 3