Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:07 Asar : 4:15 Maghrib : 7:09 Isyak : 8:18

Putrajaya- 7 Jun 2018 (Khamis), Industri halal global berkembang pesat yang dianggarkan bernilai USD3.7 trilion menjelang 2019 dan jumlah itu akan bertambah dengan bilangan umat Islam di seluruh dunia dijangka meningkat dari 1.6 bilion pada tahun 2010 kepada 2.8 bilion pada tahun 2050 (Pew Research Centre). Adalah penting untuk diserlahkan bahawa negara bukan Islam lebih terkehadapan dalam pertumbuhan industri halal terutamanya dalam sektor makanan dan pelancongan halal. Oleh itu, Jakim sebagai salah satu pelopor dalam Pensijilan Halal di seluruh dunia dengan 70 Badan Pensijilan yang diiktiraf dari 42 negara mengambil langkah ke hadapan untuk memulakan pelaksanaan Strategi Globalisasi Halal (Halal Globalization Strategy) yang dijangka selesai dalam tempoh 3 tahun.

Salah satu Strategi Kerajaan Malaysia ialah Dasar Pandang Ke Timur, bersempena dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang, Jakim telah menetapkan rancangan untuk melaksanakan beberapa tindakan strategik baru dengan rakan teknologinya, Appspiration Solutions Sdn Bhd memfokuskan pada Pasaran Halal Jepun dengan objektif utama untuk menempatkan Jepun sebagai penanda aras baru dalam program Pengembangan Halal Global (Global Halal Expansion) sebelum diperluas ke negara lain. Jakim percaya bahawa keunggulan Jepun dalam teknologi dan inovasi akan membantu untuk proses merekayasa(re-engineer), mempertingkatkan keyakinan(re-assure) dan penjalinan semula(re-establish) yang paling berkesan dan cekap dengan mematuhi kehendak syarak.

Perbincangan Strategik pada hari ini akan merangkumi 3 program utama dan aktiviti utama seperti:

i. Pelaksanaan Aplikasi Halal Square dan Halal Inside untuk mendapatkan penyelesaian lengkap mengenai penyenaraian, pengesanan, pengiklanan, pengesahan dan komunikasi untuk premis, produk dan perkhidmatan yang disahkan Halal untuk menggalakkan industri-industri di Jepun mendapatkan Persijilan Halal untuk produk dan perkhidmatan mereka.

ii. Penglibatan syarikat teknologi tinggi dalam inisiatif yang baru ditubuhkan; HITeC (Pusat Inovasi & Teknologi Halal) akan membantu meletakkan syarikat teknologi Jepun di kalangan pemain terkemuka dalam Ekosistem Halal Global(Global Halal Ecosystem).

iii. Liberalisasi proses Pensijilan Halal untuk produk dan perkhidmatan di Jepun dengan akses langsung ke Bahagian Hub Halal di Jakim akan memendekkan waktu kelulusan dengan cara yang paling efisien dan berkesan.

Perbincangan strategik ini akan diketuai oleh Dato 'Dr Sirajuddin Bin Suhaimee Pengarah Bahagian Hub Halal, Jakim dengan taklimat teknikal oleh En. Shafiq Akmal Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Appspiration Solutions Sdn Bhd dan akan dihadiri oleh wakil-wakil dari Kedutaan Besar Jepun, JETRO, JICA, dan ALEPS (Alumni Dasar Pandang Ke Timur).

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN JEPUN 1 07062018

LAWATAN JEPUN 2 07062018

LAWATAN JEPUN 3 07062018

LAWATAN JEPUN 4 07062018




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 25 September 2018.
Jumlah Pelawat :12229294