Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Program ziarah mahabbah dan turun padang menyantuni masyarakat orang asli di Kampung Rakoh Pos Lenjang Kuala Lipis berlangsung dengan jayanya dan disambut meriah oleh masyarakat orang asli dengan kehadiran tetamu daripada kru ‘Kembara Nona’, Yayasan Khalifah, Kelab 4x4 dan Jakim.

Program yang berlangsung selama lima hari di Kampung Rakoh bermula 29 April 2017 hingga 2 Mei 2017 diisi dengan pelbagai program kemasyarakatan jalinan ukhuwwah dan misi menyampaikan bantuan.

Hampir 40 penyertaan kenderaan 4x4 telah menyertai ekspedisi kali ini merentas laluan ‘off road’ yang mencabar bagi mencapai objektif dakwah untuk berjumpa saudara-saudara muslim yang berada di pedalaman.
 
kembara Nona TV3 kOA2017 1
 
kembara Nona TV3 kOA2017 2
 
kembara Nona TV3 kOA2017 3
 
kembara Nona TV3 kOA2017 4
 
kembara Nona TV3 kOA2017 5
 
kembara Nona TV3 kOA2017 6
 
kembara Nona TV3 kOA2017 7