Kurator Berita : Bahagian Dakwah

“Saya yakin Konvensyen ini akan memberi manfaat yang banyak dalam usaha kita mengurus dan mentadbir masjid masjid secara kreatif dan cekap pada masa akan datang sehingga akhirnya akan menempatkan dalam kalangan mereka yang berkhidmat untuk Islam dan berusaha memperoleh redha Allah SWT.”

Petikan Ucapan Perasmian K-IMARAH MASJID 2017 oleh Timbalan Menteri di JPM, 4 Mei 2017, Grand Ballroom, Aras 9, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur
 
Konvensyen Imarah Masjid Serantau Tahun 2017/ 1438H atau lebih dikenali sebagai K-IMARAH MASJID 2017 merupakan program julung kalinya dianjurkan bersama oleh Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim dengan matlamat untuk member inspirasi kepada pentadbir-pentadbir masjid dan surau di Malaysia untuk memperkasa peranan institusi ibadah melalui pemerkasaan sistem pengurusan yang berkesan, kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan teknologi semasa. Melalui aktiviti pengimarahan ini, pihak pentadbir masjid akan dapat menggilap potensi institusi-institusi tersebut menjadi tonggak kestabilan, pembinaan dan penyatuan ummah.
 
Program ini dihadiri oleh seramai 452 orang sepanjang sehari berlangsung dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mewakili YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), menteri di JPM. Pengisian konvensyen didahului dengan majlis perasmian oleh YB Timbalan Menteri di JPM diikuti dengan sesi pembentangan kertas kerja, sesi forum dengan tajuk “Imarah Masjid : Inspirasi Membangunkan Ummah” melibatkan panel-panel dari negara serantau iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Konvensyen diakhiri dengan sesi penyerahan Resolusi oleh pihak penganjur kepada Jakim sebagai hasil K-IMARAH MASJID 2017.

K Imarah Masjid 2017 1
 
K Imarah Masjid 2017 3
 
K Imarah Masjid 2017 4
 
K Imarah Masjid 2017 5
 
K Imarah Masjid 2017 6
 
K Imarah Masjid 2017 7
 
K Imarah Masjid 2017 9
 
K Imarah Masjid 2017 10
 
K Imarah Masjid 2017 11
 
K Imarah Masjid 2017 12
 
K Imarah Masjid 2017 13
 
K Imarah Masjid 2017 15