Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:42 Syuruk : 6:57 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:01 Isyak : 8:11

Putrajaya, 2 Ogos 2018 - Seramai 10 orang wakil Pasaraya dan Peruncit yang terdiri daripada Pasaraya Giant, NSK, GCH Retails, Hero serta wakil Bumiputera Retails Organization (BRO) telah berkunjung ke Bahagian Hab Halal, JAKIM bagi menghadiri Dialog Meja Bulat Bersama Industri Siri 2/2018 (Pasaraya dan Peruncit).

Tujuan utama dialog tersebut adalah untuk membentangkan Garis Panduan Pengendalian Produk Halal Bagi Pasaraya serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pengguna serta pemilik pasaraya itu sendiri. Sesi dialog yang bermula jam 2.30 petang itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Semoga dengan sesi dialog dan perkongsian yang dilakukan akan dapat memberi kefahaman dan kesedaran khususnya dalam kalangan pihak peruncit dan pasaraya berkenaan garis panduan dan kepentingan pengendalian produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia seterusnya meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN.

*Ikuti suasana sekitar dialog dan pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/MejaBulatIndustriSiri2

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

DIALOG MEJA BULAT INDUSTRI 1 02082018

DIALOG MEJA BULAT INDUSTRI 2 02082018

DIALOG MEJA BULAT INDUSTRI 3 02082018




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Oktober 2018.
Jumlah Pelawat :12234628