Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
3 MAC 2016 (KHAMIS) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Seminar Kelestarian Keluarga : Cabaran Pascaperkahwinan Abad Ke-21. Program ini diadakan sempena Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015. 
 
Penceramah yang diundang kali ini terdiri dari :
 
Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Pakar Motivasi Kekeluargaan Islam
Tajuk : Keluarga Sakinah : Cabaran dan Masa Depan
 
Dr. Sofiah Samsudin, Pensyarah dari Jabatan Quran & Sunnah UIAM Gombak dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam     
Tajuk : Konflik Rumahtangga : Pendekatan Islam Sebagai Satu Model 
 
Puan Suzana binti Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam     
Tajuk : Sharing Moment : Romantika 3 Hari 2 Malam
 
Moderator :  Ust. Mohd Izwan bin Mohd Yusof
 
Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015 disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim diiringi oleh Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
 
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Teknikal & Penggubal Modul telah diberikan penghargaan atas komitmen dan kerjasama sepanjang pembangunan Modul ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah dan Wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk menerima Modul ini dan dijadikan panduan dan rujukan bagi Program-program pascaperkahwinan di negeri masing-masing
 
Dengan adanya Modul Pascaperkahwinan Islam ini, diharapkan :
  1. Menjadi panduan dan rujukan Kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Agensi Kerajaan dalam pelaksanaan program-program kekeluargaan;
  2. Pelaksanaan Kursus-kursus Pascaperkahwinan Islam yang diadakan peringkat negeri akan menjadi lebih terancang dan sistematik;
  3. Isi kandungan dan input yang disampaikan akan menjadi selaras dan berkesan;
  4. Memudahkan proses penilaian dan pengukuran dari segi keberkesanan Kursus.
 
SESI FORUM
SEMINAR KELESTARIAN KELUARGA : CABARAN PASCAPERKAHWINAN ABAD KE-21
 
Seminar Kelestarian Keluarga 1
 
Seminar Kelestarian Keluarga 2
 
Seminar Kelestarian Keluarga 3
 
 
MAJLIS PELANCARAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
OLEH YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
 
Seminar Kelestarian Keluarga 4  Seminar Kelestarian Keluarga 5
 
Seminar Kelestarian Keluarga 6  Seminar Kelestarian Keluarga 7
 
 
PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
 
Seminar Kelestarian Keluarga 8  Seminar Kelestarian Keluarga 9
 
Seminar Kelestarian Keluarga 10  Seminar Kelestarian Keluarga 11
 
 
MAJLIS PENYERAHAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM KEPADA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI
 
Seminar Kelestarian Keluarga 12  Seminar Kelestarian Keluarga 13
 
Seminar Kelestarian Keluarga 14  Seminar Kelestarian Keluarga 15
 
 
MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI) BAGI TAHUN 2013 - 2015
 
Seminar Kelestarian Keluarga 16  Seminar Kelestarian Keluarga 17
 
Seminar Kelestarian Keluarga 18
 
 
SESI BERGAMBAR
BERSAMA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI, AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM DAN AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI)
 
Seminar Kelestarian Keluarga 19
 
 
MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
TERBITAN JAKIM
 
Seminar Kelestarian Keluarga 20