Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:32 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:20

Alor Setar, 06 Oktober 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Kedah dan Tesco Store (M) Sdn Bhd telah menganjurkan program Walkabout Halal & Halal Treasure Hunt Kedah 2018.

Program yang berlangsung di Pasaraya Tesco Mergong, Alor Setar, Kedah itu dihadiri oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada guru pendidikan agama dan guru KAFA sekitar Alor Setar. Pelbagai program dijalankan bermula jam 9.00 pagi seperti Treasure Hunt, soalan kuiz, ceramah kesedaran halal dan cabutan bertuah.

Program tahunan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kefahaman dan penjelasan isu-isu halal yang tular di media sosial di samping berkongsi kepentingan dan kelebihan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut hadir bersama memeriahkan lagi program ialah Tuan Syeikh Azhari Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Tuan Haji Ismail bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan En Ahmad Fuad Umar, Pengurus Besar, Tesco Mergong, Alor Setar, Kedah.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada jam 1.00 petang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM.

*Ikuti suasana sekitar program di:-

http://bit.ly/WalkaboutHalalKedah2018

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

WALKABOUT KEDAH 1 06102018

WALKABOUT KEDAH 3 06102018

WALKABOUT KEDAH 5 06102018

WALKABOUT KEDAH 6 06102018

WALKABOUT KEDAH 7 06102018

WALKABOUT KEDAH 8 06102018




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248014