Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Jelebu, 17 Mei 2019 bersamaan 12 Ramadan 1440H (Jumaat) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) Jelebu, Negeri Sembilan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan Program Iftar Ramadan Bersama Klien dan Tetamu sempena menyambut Ramadan 1440H.

Program yang diadakan secara tahunan yang melibatkan seramai 350 orang klien CCRC Jelebu dan 50 orang tetamu jemputan ini telah dirangka bertujuan untuk menyantuni klien-klien CCRC Jelebu yang sedang melalui proses pemulihan dan rehabilitasi penagihan dadah. Seusia solat Asar berjemaah, program diteruskan dengan pengisian ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nor Azamir bin Alias; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Seterusnya diikuti dengan berbuka puasa, solat Maghrib, Isya’ dan Tarawikh secara berjemaah.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Hj. Izhar bin Abu Talib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo Pengarah; Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM dan ketua-ketua agensi kerajaan dalam daerah Jelebu. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Pengarah KSK mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh CCRC Jelebu dan ibupejabat AADK bagi menjayakan program ini demi memberikan sokongan, motivasi serta nasihat kepada klien-klien yang sedang menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi penagihan dadah.

Gabungan Ilaj wa Syifa’ perubatan sains moden dan kerohanian Islam dilihat amat berkesan dan bersesuaian bagi merawat jiwa golongan Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah. Dengan menggunakan pendekatan 3D (Dekat, Didik, Dakwah) diharap dapat memantapkan kefahaman serta penghayatan Islam komuniti OKP secara syumul seterusnya mampu merealisasikan hasrat melahirkan khaira ummah.

 

ccrc01

ccrc02

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.38.08

ccrc03

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.37.51

ccrc04

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.35.02

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.35.27

ccrc05

ccrc06

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.32.00