Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 6:58 Zohor : 1:01 Asar : 4:22 Maghrib : 6:58 Isyak : 8:11

Seramai 30 orang pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan termasuk 5 orang pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan telah mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 29 Oktober yang lalu.

Lawatan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat berkaitan fungsi Bahagian Hab Halal, JAKIM dan isu-isu halal semasa serta kepentingan Pensijilan Halal Malaysia itu dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi perkongsian maklumat yang berlangsung selama 3 jam bermula 10 pagi itu turut dihadiri oleh Ustaz Luqman Nul Hakim Samad dan Puan Norhasni Yusnida Norhashim dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Semoga dengan lawatan dan sesi perkongsian seumpama ini akan meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia khususnya dalam kalangan pelajar yang akan keluar sebagai seorang usahawan apabila tamat pengajian nanti.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS 1 29102018

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS 2 29102018

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS 3 29102018

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS 4 29102018




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 November 2018.
Jumlah Pelawat :12241939