Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Pada 15 – 17 Julai 2020, JAKIM bekerjasama dengan Sel Agama Markas Tentera Laut telah mengadakan Kursus Asas Penceramah Praperkahwinan Islam kepada 30 anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Markas Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pangkalan TLDM, Lumut.

Pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan bagi memberikan latihan asas kepada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam bagi menyampaikan pengajaran kandungan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Para peserta yang telah mengikuti sepenuhnya kursus ini akan menerima tauliah sebagai tenaga pengajar Kursus Praperkahwinan Islam.

Justeru, secara tidak langsung Kursus Asas Penceramah ini kepada KAGAT dapat memberi nilai tambah kepada KAGAT untuk turut memberi khidmat sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam, terutamanya yang dilaksanakan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kursus Praperkahwinan Islam adalah kursus mandatory yang perlu diikuti oleh semua pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga bagi memberi pengetahuan dan kefahaman asas mengeia ilmu rumahtangga. Para peserta didedahkan dengan 10 tajuk kandungan MBKPI, iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Komunikasi Suami Isteri, Tanggungjawab Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Stress dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan serta Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus.

Peserta yang terdiri daripada KAGAT dilatih oleh jurulatih penceramah Kursus Praperkahwinan Islam, iaitu DR. Tuty Aridzan Irdawati binti Mahsinon, Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Saper, Ustaz Abdul Nasir bin Abdullah, Ustaz Suhaimi bin Wakid dan Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop.

Perasmian penutup Kursus Asas Penceramah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Kolonel Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad, Pengarah Bahagian Agama Markas Laut diringi oleh Puan Nor Haliza binti Ali yang mewakili Pengarah Bahagian Keluarg, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Dalam ucapan perasmian penutu yang disampaikan, YBhg. Kolonel Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad menyatakan hasrat agar peserta mengambil manfaat sebaiknya untuk berperanan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam, terutamanya kepada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PIC KAGAT 1