Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 6:58 Zohor : 1:01 Asar : 4:22 Maghrib : 6:58 Isyak : 8:11

MAKKAH AL MUKARRAMAH, 4 November - Pertemuan tahunan Standard & Metrology Institut for Islamic Country (SMIIC) membuka tirai dengan mesyuarat ke 17 Board of Director (BOD) SMIIC. Malaysia yang telah menduduki tangga kedua tertinggi diundi masuk menduduki BOD mulai tahun 2017 yang lalu.

YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM bersama ketua deligasi Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahya, Ketua Setiausaha MESTECC dan En. Hussalmizzar Hussain, Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Standard Malaysia telah hadir hari pertama mesyuarat ini yang sedang berlansung di Jabal Omar Hilton Makkah and Convention Centre mulai 3-6 November 2018.

Malaysia terus komited melebarkan kerjasama dan komitmen dalam menyokong usaha mengangkat standard pensijilan Halal sebagai satu standard global.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

SMIIC 04112018 1

SMIIC 04112018 2

SMIIC 04112018 3

SMIIC 04112018 4




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 November 2018.
Jumlah Pelawat :12241935