Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
17 Februari 2020: (Pulau Pinang) KESSUMA akan tiba lagi! Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) bagi tahun 2020 yang melibatkan peserta daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama BAntuan Kerajaan (SABK) dijangka akan dilaksanakan bermula 4 sehingga 8 Julai 2020 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Pada tahun ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Bertanggungjawab Negeri akan menganjurkan kejohanan sukan yang berprestij di negeri Pulau Pinang iaitu negeri yang sinonim dengan gelaran "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient).
 
Sesuai dengan pelaksanaan KESSUMA di negeri tersebut, kunjung hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman telah diadakan pada 17 Februari bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 di KOMTAR, Pulau Pinang. Delegasi JAKIM yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Aziz Bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM telah berpeluang bertemu dan bersua muka bagi menyampaikan hasrat kunjung hormat tersebut.
 
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincang dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi penganjuran KESSUMA 2020 akan datang. Turut bersama dalam kunjung hormat tersebut ialah Tuan Haji Hashim bin Sallleh, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Puan Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan) serta empat pegawai daripada JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Hasil pertemuan tersebut telah mencapai kata sepakat dan persetujuan daripada YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dalam penganjuran KESUMMA pada tahun ini. Harapan agar KESSUMA pada kali ini dapat dilaksana dengan cemerlang selaras dengan objektif penganjurannya.
 
Kunjung Hormat JAKIM ke Pejabat TKM1 PP 1
 
Kunjung Hormat JAKIM ke Pejabat TKM1 PP 2
 
Kunjung Hormat JAKIM ke Pejabat TKM1 PP 3
 
Kunjung Hormat JAKIM ke Pejabat TKM1 PP 4